Mendapatkan perlindungan Takaful adalah satu keperluan penting pada zaman ini. Duit bukan segala-galanya, tapi hampir segala-galanya memerlukan duit.
Paling penting sebagai ketua keluarga atau anak sulong contohnya, kita mampu menyara keluarga kita, ibu bapa atau adik-adik dengan gaji atau pendapatan semasa.
Namun apa yang berlaku kiranya kematian menjemput kita secara tiba-tiba? Siapa yang akan meneruskan sara hidup mereka? Sedangkan kematian adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa, namun kita tidak pasti bila kematian akan menjemput kita!
Hadis nabi junjungan kita yang boleh diiktibarkan tentang kepentingan mengambil perlindungan Takaful seperti yang yang bermaksud:
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)
Sehubungan itu, MAA Takaful menyediakan pelan-pelan berikut yang menepati kehendak syariah bagi menyahut seruan hadis tersebut;
1. Takafulink – perlindungan & pelaburan
2. Takafulink Education (Pendidikan) – perlindungan & pelaburan
3. Takafulink Single Invest – pelaburan & perlindungan
4. Takafulink Wanita
5. SmartMedic 100 – perlindungan untuk kos penghospitalan di hospital swasta
No comments:
Post a Comment