Monday, 16 April 2012

Kenapa Anda Perlu Memaafkan Orang Yang Sakitkan Hati Anda

 

Kenapa Anda perlu memaafkan?
Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.
Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.
Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.
Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.
Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.
Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.
Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.
Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.
Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.
Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.
Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.
Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.
Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Bila masalah menyapa hidup...

Masalah adalah cara Tuhan untuk membuatmu dewasa, jangan lari dari mereka tapi hadapilah. Hanya mereka yg membuatmu bijaksana.

Apa yang hilang darimu, relakanlah. Jangan mengeluh. Percayalah Tuhan telah menyediakan yang lebih baik.

Jika seseorang telah yakin dan berserah sepenuhnya akan kebesaran Tuhan, maka Tuhan akan membimbing kehidupannya.

Ia yang bersyukur dalam kekurangan adalah ia yang memiliki kemuliaan hati.

Hanya dengan mengubah sikap dan pandanganmu saja, kamu bisa mengubah yg terburuk menjadi yg terbaik.

Jika ia yg terbaik untukmu, ia tak akan menyakitimu. Tak perlu meratapi orang yg sudah melukaimu, biarkan ia pergi.

Monday, 7 November 2011

Zikir Penenang Hati Vol 2

Zikir Hasbi Rabbi by Hijjaz

Ayat 1000 Dinar

Kacang Tumbuk @ Barley Peanut Candy

Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk memiliki sijil HALAL dari COMMISSION BOARD OF ISLAM IN HO CHI MINH CITY, VIETNAM yang merupakan Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM dalam pengeluaran SIJIL HALAL. (HALAL CERTIFICATION BODIES MAY 2010 - HALAL HUB DIVISION - DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA (JAKIM))


BELIAN RUNCIT DENGAN HARGA BORONG -
 JIMAT & LEBIH NILAI..PASTINYA UNTUK ANDA
Digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa.
Barley Peanut Candy  sesuai dimakan seisi keluarga..
Menjadi pelengkap kepada jamuan hari raya/majlis keraian, buah tangan dan sebagainya.
Para peniaga kecil...atau siapa-siapa yang nak buat part time utk jual produk ini...amat dialu-alukan .
kami memberikan harga yang paling minimun di pasaran bagi membantu sesiapa yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan...dengan modal yang paling minimun.Sesiapa yang tak nak jual pun boleh order dengan jumlah order dengan kami
atau
sms/call - 016-222 4743

Harga Runcit di pasaran = RM 35 - RM 40 sekilo.

Harga kami untuk anda yang amat kami hargai


 
HARGA TAWARAN KEPADA PEMBORONG ;
Belian (7 kotak) 70 kg dan keatas = RM 22 Sekilo.
Belian (15 kotak) 150 kg dan keatas = RM 20 sekilo 
Hanya promosi termurah dengan harga borong..!!!
yang pastinya tiada di tempat lain
kerana kami amat menghargai anda

tiada anda tiadalah kami....

Saturday, 18 June 2011

Bila diri semakin mengenali..

Mendapatkan perlindungan Takaful adalah satu keperluan penting pada zaman ini. Duit bukan segala-galanya, tapi hampir segala-galanya memerlukan duit.
Paling penting sebagai ketua keluarga atau anak sulong contohnya, kita mampu menyara keluarga kita, ibu bapa atau adik-adik dengan gaji atau pendapatan semasa.
Namun apa yang berlaku kiranya kematian menjemput kita secara tiba-tiba? Siapa yang akan meneruskan sara hidup mereka? Sedangkan kematian adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa, namun kita tidak pasti bila kematian akan menjemput kita!

Hadis nabi junjungan kita yang boleh diiktibarkan tentang kepentingan mengambil perlindungan Takaful seperti yang yang bermaksud:
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Sehubungan itu, MAA Takaful menyediakan pelan-pelan berikut yang menepati kehendak syariah bagi menyahut seruan hadis tersebut;

1. Takafulink – perlindungan & pelaburan
2. Takafulink Education (Pendidikan) – perlindungan & pelaburan
3. Takafulink Single Invest – pelaburan & perlindungan

4. Takafulink Wanita
5. SmartMedic 100 – perlindungan untuk kos penghospitalan di hospital swasta